Thursday, February 11, 2016

Program pemakanan sihat ( clean diet )

Kami selalu berhadapan dengan soalan yang berupa kehendak , agak sukar untuk kami menjawab apabila di tanya berapa cepat mereka boleh jadi kurus atau berapa banyak lemak boleh di buang dalam masa yang singkat . Jawapan yang sesuai untuk kami berikan disini ialah berapa bagus anda dengan disiplin diri ? Berapa kuat semangat anda untuk melawan keupayaan serta keselesaan diri ? Apakah usaha atau kesanggupan terbaik anda boleh berikan ? Jika semua soalan diatas tiada jawapan yang positif anda sendiri semestinya sudah faham jawapan sebenar.Jika anda mampu memberikan jawapan positif anda sedang cuba mendahului keputusan ianya adalah sangat baik cuma anda perlu buktikan dalam tindakan harian anda sehingga kejayaan sebenar ternyata dan bukti adalah hak anda.

Disini kami ingin tekankan pekara asas dan paling penting dalam disiplin mengatasi masalah kegemukkan atau penurunan berat badan.Anda perlu mengubah dengan kadar segera tabiat pemakanan harian anda.Secara mudahnya anda perlu faham dan amalkan makan dalam jumlah yang sedikit dengan kekerapan yang tinggi serta tingkatkan aktiviti fizikal dalam jangkamasa yang panjang serta berskala tetap.Pemahamannya adalah anda kurangkan kemasukan punca kegemukan didalam badan anda tetapi dalam masa yang sama anda pertingkatkan pembuangan punca kegemukan yang sedia ada di dalam badan anda.Inilah konsep yang perlu anda amalkan secara tetap dan berterusan untuk mendapat keputusan penurunan berat badan yang baik.

Tentukan berapa jumlah kalori dari jadual pemakanan harian anda bagi memastikan anda mendapat keputusan yang positif dalam jangkamasa ditetapkan.Apakah nisbah terbaik karbo/macro&micro nutrients yang anda perlukan dalam jadual harian anda , bagaimana pula susunan pemakanan yang terbaik setiap hari bagi diri anda . Ini semua anda perlulah nasihat yang tepat bagi memastikan matlamat anda tercapai tanpa kesan negetif ... bertanyalah kepada yang pakar supaya anda berada di landasan yang betul.

Jadualkan pemakanan sihat anda , hasilnya sangat berbaloi untuk anda nikmati !!!