Saturday, January 30, 2016

Gemuk & Tembam masalah moden hari ini

Kehidupan hari ini dengan suasana , aktiviti harian , tahap serta corak kehidupan memaksa kita mencari keselesaan mudah dan juga mengikut kesukaan ramai sehingga menjadi amalan kebiasaan .

Di lihat dari suatu sudut ini mengakhibatkan kita semakin malas dan suka kepada penyelesaian mudah . Inilah punca berskala besar kepada masalah kualiti kesihatan dan kecergasan masyarakat hari ini.

Fizikal badan yang dikatakan gemuk , tembam , buncit  dan lemah tak bertenaga adalah kesan daripada  amalan kesihatan yang diambil mudah.

Senaman untuk kesihatan diri juga selalu diabaikan , peliknya hari ini setiap individu sedar akan pentingnya senaman fizikal tetapi tidak digerakkan secara betul dan tetap .

Adakah anda menunggu penyakit kronic yang menakutkan itu datang baru hendak mula bertindak ?

Atau anda bertindak sekarang dengan memulakan amalan serta latihan fizikal secara profesional bersama program percuma kami di Bons gym.

Like facebook BONSGYM dan PM kami untuk keterangan lanjut

Sunday, January 24, 2016

GYM dan fokus .... Gaya kami !!!

Kami di Bons GYM amat menitik beratkan latihan gym yang padat , menyeluruh , fokus dan bergaya santai dalam suasana bersosial diantara ahli. Bagi ahli baru yang mana masih belum mahir dengan keadah dan peralatan gym, kami akan membantu untuk seisi latihan megikut tahap anda. Kelebihan ini perlulah kerjasama yang baik diantara anda dan kami supaya setiap program latihan , pemakanan dan disiplin diri dapat kami terapkan pada fokus yang sebenar. Manfaatkan lah pakej yang kami tawarkan di tahap maksimum dengan ini matlamat kesihatan anda dan kami akan tercapai dengan baik.
Keupayaan dan tahap peningkatan sepanjang seisi latihan akan kami nilaikan dari masa ke semasa disamping perkembangan fizikal badan akan diberi fokus penting. Konsep latihan juga akan berubah mengikut progress diri anda. Latihan gym tidak memerlukan anda kuat , anda hanya perlu melawan keupayaan serta daya tahan diri anda sendiri. Amatlah memalukan jika anda kalah pada diri sendiri.

" No Pain No Gain " pepatah yg selalu kita   jumpa berkaitan gym ....

Saturday, January 23, 2016

Kenali Bons GYM

Di Bons GYM kami adakan konsep latihan menyeluruh dengan mengikuti program yang disusun khas bergantung kepada tahap nilaian keupayaan setiap individu itu sendiri. Konsep yang kami bawa merangkumi kepada penekanan matlamat kesihatan dan fizikal individu itu inginkan. Peringkat permulaan kami 
 kearah membina keupayaan  diri serta disiplin amalan yang paling diperlukan untuk memasti tercapainya objektif kesihatan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Fasa kedua kami akan mgerekabentuk latihan secara tersusun dan dipantau khas dalam setiap latihan yang dijalankan. Pekara seperti pegerakkan , pernafasan , fokus diri , rasa rintangan dan kepelbagaian teknik dalam olahan pegerakan sangat diutamakan.

Melepasi ini kami akan nilaikan pula perkembangan diri dari setiap seisi latihan yang dilalui , peratusan perubahan fizikal yang terhasil , peningkatan tahap keupayaan diri dan juga kekuatan melawan keupayaan diri sendiri juga diambil kira . Progeras rekod adalah amat berguna untuk ini.

Disamping ini jadual pemakanan sihat dan keperluan rehat yang mencukupi juga tidak boleh diabaikan. Pepatah biasa dalam proses pembinaan badan ialah otot terjadi di atas katil ( tidur yang berkualiti ) , saiz badan terbina di dapur ( kekerapan makan berkualiti ), Rangsang pembinaan otot di dalam gym ( angkat besi dengan teknik dan penjadualan latihan yang tepat )

Bagi memastikan badan sentiasa berkeadaan sihat , cukup keperluan zat yang diperlukan , diri sentiasa berkeadaan tegap cergas serta pemulihan otot otot tidak mengambil masa terlalu lama, jadual pemakanan kesihatan amat amat diperlukan . Pengambilan produk kesihatan yang terbaik adalah kemestian tetap bagi memastikan segala usaha anda tidak sia -sia dan berkekalan di dalam kerangka yang anda inginkan ...

Di Bons gym anda akan dilatih untuk memahami ini semua dalam bentuk latihan berjadual anda ... 





.

Tuesday, January 19, 2016

Bons GYM ... Apa yang kami nilaikan

Kami akan ceritakan disini kenapa Bons GYM pertama diadakan dan tempat tersebut menjadi pilihan .

Awalnya kami ingin berkongsi kelebihan dengan mengamalkan senaman gym , mengujudkan trend baru untuk penjagaan kesihatan fizikal , menyedarkan masyarakat tentang hargai bentuk badan anda , menghidupkan lagi aktiviti setempat masyarakat disini dan mencari kelebihan untuk memberi lebih manfaat kepada orang lain.
Kecenderungan ramai orang adalah melakukan aktiviti gym ini bersifat semangat awalan dan jarang benar bole bertahan lama serta berskala tetap , ini kami faham dan juga adalah cabaran terpaksa kami hadapi .

Memberi kelebihan dan berkongsi idea yang tepat dalam merelesasikan matlamat kesihatan adalah fokus utama kami , ini adalah pekara penting yang mana menjadi satu kemestian untuk kami dedahkan kepada setiap ahli gym kami .
Kami juga boleh diikuti melalui facebook dan instragram .. Bons gym dan Supplement care

Sunday, January 17, 2016

Matlamat & GYM

Pemilihan gym banyak bergantung kepada budget yang anda sediakan untuk matlamat kesihatan ianya berbeza bergantung kepada individu tersebut. Ada yang terlalu berkira berkehendakkan gym yang terbaik dengan peralatan, suasana, kemudahan dan jurulatih sentiasa bersama atau menjadi tukang angkat bersama beban yang sepatutnya digerakkan secara maksimum oleh individu tersebut ... Jika ini adalah kehendak anda ada harganya dan nilai yang tinggi anda perlu bayar. 

Anda fikirkan jika terlalu ambil mudah hal kesihatan diri juga berkira kira dengan pembelanjaan kesihatan untuk matlamat yang lebih baik , peratusan masalah kesihatan yang serious dan chronic adalah sangat tinggi untuk anda akan hadapi , anda harus bersedia dengan masa diatas risiko yang anda ambil. Apabila risiko ini menjadi benar nilainya sangat tinggi terpaksa anda belanjakan dan juga korbankan masa , tenaga , keupayaan diri , komitmen peribadi juga keluarga dan sudah tentu kewangan anda akan menjadi beban paling utama ... Adakah risiko ini dalam perkiraan anda ?

Saturday, January 16, 2016

Pemilihan gym

Paling utama dalam pemilihan gym adalah peralatan dan suasana diujudkan yang mampu memenuhi matlamat gym anda. Adakah ini bermakna jika anda seorang yang lemah serta suka beralasan dan mencipta alasan , tidak dapat tidak anda terpaksa mengakui diri anda serta disiplin yang kuat menentukan segalanya . Gym adalah tempat yang mana membantu memenuhi ruang matlamat kesihatan anda .

Gym yang terbaik adalah mampu memberi anda ketinggian nilai menghargai kesihatan diri dengan mana anda sendiri mengujudkan suasana positif bersama-sama , bekerjasama rapatlah diantara satu sama lain ... Ini adalah kunci kemajuan serta kepuasan .

Friday, January 15, 2016

Bons GYM

Hari ini kami mulakan blog dengan mengambil kesempatan diatas medium yang ada untuk memberi gambaran jelas mengenai Bons GYM.
Gym adalah perkataan biasa yang ramai faham akan maksudnya tetapi berapa ramaikah daripada anda faham dengan jelas apa maksudnya dan kelebihan yang boleh diperoleh dengan manfaatkan kemudahan gym yang ada?