Friday, December 16, 2016

BONS GYM KUANTAN - Bagi lelaki yang mengimpikan perubahan fizikal badan berotot besar, lebih bertenaga, kepuasan fizikal serta kehidupan seksualnya lebih bermakna tidak dapat dinafikan dengan melakukan latihan gym serta pengawalan pemakanan adalah diantara pekara terbaik untuk tujuan tersebut.


Tingkatkan penghasilan hormone lelaki    " testosterone" dan pastikan anda tidak mengabaikan kadar penurunannya, inilah fokus yang perlu diberi keutamaan.

Pemakanan yang perlu diberi perhatian merangkumi ..


1. Pengambilan jumlah kalori yang betul akan meningkatkan kadar anabolik dalam badan anda dan lebih membantu dalam penggunaan protin bagi tujuan pembentukkan otot. Secara idealnya formula pekiraan jumlah pengambilan kalori sehari seperti berikut digunakan sebagai rujukan ... (Berat badan x 12 ) + 1200 kcl . Makan sedikit dengan kekerapan yang tinggi seperti setiap 2-3 jam diperlukan bagi tujuan penghasilan kadar anabolik maksima dan juga metabolisma badan.



2. Pengambilan karbo penting bagi memastikan tahap anabolik yang baik serta menghasilkan keperluan tenaga yang utama untuk aktiviti gym. Glycogen yang terhasil darinya akan memastikan latihan gym anda berkualiti dan tidak menganggu fungsi utama protin didalam badan anda. Karbo juga penting untuk pengeluaran insulin bagi memastikan tahap hormon anabolik anda sentiasa positif .


3. Banyakkan pengambilan protin bagi tujuan pembesaran otot . Kebiasaannya secara kasar kiraan keperluan protin harian anda adalah  2g x berat badan (ibs).

4. Lemak juga diperlukan bagi tujuan peningkatan paras hormon testosterone yang paling utama ini.


5. Keperluan air juga diambil kira kerana 70% badan terdiri dari komposisinya . 1ibs otot memerlukan 3ibs air , ini adalah nisbahnya.



6. Pengambilan produk makanan tambahan yang berkualiti tinggi serta bebas dari unsur yang meragukan akan memberi nilai tambah yang ketara bagi tujuan ini . Pastikan anda memberi perhatian penting dalam pengambilan protin, creatine,g lutamine, joint formulas dan multivitamin .


7. Rehat atau tidur adalah penutup penting kesemuanya ini kerana ia memastikan otot anda bekerja untuk tujuan pembesaran diwaktu tidur anda setelah mengalami bebanan latihan gym yang teruk. Latihan gym hanyalah perangsang bagi tujuan pembentukkan dan pembesaran otot.

Kesemua elemen yang dinyatakan diatas sangat berkait dan bekerja rapat diantara satu sama lain , pastikan anda mengawalnya dengan cara terbaik berdasarkan matlamat kesihatan yang ingin dipenuhi .


Di Bons gym semua pekara ini akan diberi penekanan khusus dalam setiap seisi latihan dan rundingan , pantauan yang tepat serta kerjasama yang berkesan amat dititik beratkan.

Anda masih tercari-cari supplement sihat yang berkualiti? boleh terus hubungi kami : 
0142936861
0142936861
0142936861

#KUANTAN BONS GYM
#Walkin RM5 jee
#Beli kupon RM4 lagi jimat
#Yuran bulanan RM50
#Boleh workout sampai lembik
#Buka setiap hari
#Kuantan Bons Supplements Store

B 19 & 21 Tingkat 1, Lorong padang permai 40, kg.padang jalan kuantan - sg.lembing, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Location Bons Gym kg.padang
BONS GYM KUANTAN - Kami selalu berhadapan dengan soalan yang berupa kehendak , agak sukar untuk kami menjawab apabila di tanya berapa cepat mereka boleh jadi kurus atau berapa banyak lemak boleh di buang dalam masa yang singkat . Jawapan yang sesuai untuk kami berikan disini ialah berapa bagus anda dengan disiplin diri ? Berapa kuat semangat anda untuk melawan keupayaan serta keselesaan diri ? Apakah usaha atau kesanggupan terbaik anda boleh berikan ? Jika semua soalan diatas tiada jawapan yang positif anda sendiri semestinya sudah faham jawapan sebenar. Jika anda mampu memberikan jawapan positif anda sedang cuba mendahului keputusan ianya adalah sangat baik cuma anda perlu buktikan dalam tindakan harian anda sehingga kejayaan sebenar ternyata dan bukti adalah hak anda.


Disini kami ingin tekankan pekara asas dan paling penting dalam disiplin mengatasi masalah kegemukkan atau penurunan berat badan. Anda perlu mengubah dengan kadar segera tabiat pemakanan harian anda. Secara mudahnya anda perlu faham dan amalkan makan dalam jumlah yang sedikit dengan kekerapan yang tinggi serta tingkatkan aktiviti fizikal dalam jangkamasa yang panjang serta berskala tetap. Pemahamannya adalah anda kurangkan kemasukan punca kegemukan didalam badan anda tetapi dalam masa yang sama anda pertingkatkan pembuangan punca kegemukan yang sedia ada di dalam badan anda. Inilah konsep yang perlu anda amalkan secara tetap dan berterusan untuk mendapat keputusan penurunan berat badan yang baik.


Tentukan berapa jumlah kalori dari jadual pemakanan harian anda bagi memastikan anda mendapat keputusan yang positif dalam jangkamasa ditetapkan. Apakah nisbah terbaik karbo/macro&micro nutrients yang anda perlukan dalam jadual harian anda , bagaimana pula susunan pemakanan yang terbaik setiap hari bagi diri anda . Ini semua anda perlulah nasihat yang tepat bagi memastikan matlamat anda tercapai tanpa kesan negetif ... bertanyalah kepada yang pakar supaya anda berada di landasan yang betul.


Jadualkan pemakanan sihat anda , hasilnya sangat berbaloi untuk anda nikmati !!!


Atau anda boleh cuba produk pembakar lemak kami PFX yang mengandungi 120 biji dan ianya sudah terbukti berkesan dan selamat digunakan tanpa bahan-bahan terlarang.. bagaimana untuk memiliki PFX ?? datang ke gym kami atau boleh hubungi kami segera BONS GYM !!!!

0142936861
0142936861
0142936861

#KUANTAN BONS GYM
#Walkin RM5 jee
#Beli kupon RM4 lagi jimat
#Yuran bulanan RM50
#Boleh workout sampai lembik
#Buka setiap hari
#Kuantan Bons Supplements Store

B 19 & 21 Tingkat 1, Lorong padang permai 40, kg.padang jalan kuantan - sg.lembing, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Location Bons Gym kg.padang
https://goo.gl/maps/SvDurENsRg12